Saturday 24 April 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- 17 SESI 2020/2021

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-17 telah berjaya dilangsungkan secara atas talian pada24 April pada hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi. Manakala beberapa orang ahli jawatankuasa tertinggi PIBG SMK Kiaramas bersama jawatankuasa teknikal telah hadir ke sekolah secara semuka. Perjumpaan atas talian meet telah dikendalikan dari Makmal Komputer PIBG dan telah berlangsung dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada barisan AJK Tertinggi PIBG SMK Kiaramas sesi 2021 yang baharu dilantik.

Tuesday 13 April 2021

MAJLIS PERASMIAN IHYA' RAMADAN 2021, / 1442H

Program Ihya' Ramadan telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Kiaramas iaitu Puan Dahanum binti Soyono. Majlis perasmian itu telah berlangsung di Surau Al Iman SMKK pada jam 8.00 pagi dan melalui sistem siaraya.

Monday 12 April 2021

KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM

Pada 12 April (Rabu), telah berlangsungnya Kem Kepimpinan Kokurikulum bermula jam 11 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Kiaramas. Semua ahli jawatankuasa tertinggi bagi Kelab/Persatuan, badan unit beruniform, Sukan/Permainan dan Rumah Sukan telah dipanggil untuk mengikuti kem ini.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA' RAMADAN 2021

Majlis Khatam Al- Qur’an dan Penutupan Ihya’ Ramadan 2021 telah berlangsung pada 8 Mei 2021 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Majlis i...