Saturday 27 March 2021

SUMBANGAN GEROBOK REZEKI

Sumbangan Gerobok Rezeki SMK Kiaramas telah disampaikan kepada pekerja pembersihan SMK Kiaramas yang terkesan akibat PKP Pandemik Covid-19. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan pihak yang memerlukannya.

Friday 19 March 2021

GOTONG ROYONG SEMPENA PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021

Pada 19 Mac 2021, Jumaat, semua guru telah bergotong royong menyusun atur kerusi dan meja dalam kelas mengikut susunan SOP sebagai persediaan awal pembukaan sekolah yang akan bermula pada 05 April nanti. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan gotong royong ini dengan lancar.

Friday 5 March 2021

PENGAGIHAN BANTUAN UNIFORM SEKOLAH SUMBANGAN DARIPADA PINTAR FOUNDATION

Pihak sekolah sangat berbesar hati kerana pihak Pintar Foundation telah sudi memberikan sumbagan uniform sekolah kepada anak-anak kiaramas yang memerlukannya. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang memerlukan dalam membuat persiapan untuk pembukaan sekolah bagi sesi 2021 ini.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA' RAMADAN 2021

Majlis Khatam Al- Qur’an dan Penutupan Ihya’ Ramadan 2021 telah berlangsung pada 8 Mei 2021 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Majlis i...