Tuesday 9 February 2021

TAKLIMAT SPM DAN MAJLIS SALAM RESTU

Taklimat SPM dan Majlis Salam Restu dan telah diadakan pada 9 Februari 2021 pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Kiaramas. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PIBG SMK Kiaramas kerana telah menyediakan set alatulis untuk semua bakal calon SPM 2020. Sumbangan makanan juga telah diberikan dan diagihkan di Dewan Kiaramas untuk semua murid Tingkatan 5 sewaktu Taklimat SPM diadakan.

PEMULANGAN DAN PENGAMBILAN BUKU TEKS UNTUK SEMUA MURID TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5

Pada 2 Februari hingga 9 Februari, Sesi pemulangan dan pengambilan buku teks selama 6 hari telah berlangsung dengan lancar mengikut sop yang telah ditetapkan. Ibu bapa telah memberikan kerja sama yang baik dan mematuhi sop.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA' RAMADAN 2021

Majlis Khatam Al- Qur’an dan Penutupan Ihya’ Ramadan 2021 telah berlangsung pada 8 Mei 2021 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Majlis i...