Monday 21 December 2020

PERKONGSIAN BIMBINGAN SISTEM PENGURUSAN e-RPH MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM

     Pada 21 Disember 2020 jam 10.00 pagi, telah berlangsung satu taklimat berkaitan Perkongsian Bimbingan Sistem Pengurusan e-RPH Menggunakan Google Classroom. Pihak sekolah berterima kasih atas kesudiaan En. Kamarulzamri Bin Bakar dari SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk membimbing dan berkongsi ilmu berkaitan sistem pengurusan e-RPH ini.

    Sesi bimbingan ini turut dihadiri Pengetua SMK Kiaramas, Puan Dahanum Binti Soyono. Semoga dengan sesi bimbingan ini dapat memberikan input yang terbaik demi kebaikan warga SMK Kiaramas.



Wednesday 2 December 2020

PELANCARAN TABUNG OPERASI SEJAHTERA FASA 2 PIBG SMK KIARAMAS DAN SESI PERKONGSIAN PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPDR) BERSAMA PIHAK PIBG

     Pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Kiaramas telah melancarkan Tabung Operasi Sejahtera Fasa 2 PIBG SMK Kiaramas pada 2 Disember 2020 di Bilik Mesyuarat SMK Kiaramas. Tabung ini dilancarkan dalam usaha menambah dana kewangan PIBG yang akan memberikan manfaat kepada semua warga SMK Kiaramas. 



    Selepas majlis pelancaran dana ini berlangsung, pihak sekolah melalui pengetua, Puan Dahanum Binti Soyono juga mengambil peluang untuk memberikan perkongsian berkaitan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPDR) kepada wakil pihak PIBG.




Tuesday 1 December 2020

PENGAMBILAN DAN PENYERAHAN MODUL PKPB

    Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pihak SMK Kiaramas telah menyediakan modul sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk semua murid Tingkatan 1 hingga 5 termasuk murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). 

Pengambilan dan penyerahan modul ini dibuat oleh ibubapa atau penjaga di sekolah. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid tetap berjalan walaupun semasa tempoh pelaksanaan PKPB.




 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA' RAMADAN 2021

Majlis Khatam Al- Qur’an dan Penutupan Ihya’ Ramadan 2021 telah berlangsung pada 8 Mei 2021 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Majlis i...