Friday 28 August 2020

KUNJUNGAN DAN JALINAN KERJASAMA SMK KIARAMAS DAN PIHAK UEM SUNRISE

Pada 28 Ogos 2020, Pihak SMK Kiaramas berbesar hati menerima kunjungan pihak UEM Sunrise untuk menjalinkan kerjasama dan perkongsian pintar dengan pihak sekolah. Kerjasama pintar ini akan membantu pihak sekolah dan memberikan sokongan yang sewajarnya.


Pada masa yang sama, pihak UEM Sunrise juga bersetuju untuk membantu menyumbang bantuan persekolahan kepada murid yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19.



Diharapkan kerjasama ini akan dapat membantu dan memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pihak sekolah demi kejayaan anak murid di SMK Kiaramas.

PROGRAM JALINAN YAYASAN MARA DAN RURAL CAPITAL BHD DENGAN SMK KIARAMAS

 


    Pihak SMK Kiaramas berbesar hati menerima kunjungan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Rural Capital Bhd untuk menjalinkan kerjasama dan perkongsian pintar dengan pihak sekolah pada 28 Ogos 2020 bersamaan hari Jumaat.

 Diharapkan kerjasama ini akan dapat membantu dan memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pihak sekolah demi kejayaan anak murid di SMK Kiaramas.



    Pihak MARA dan Rural Capital Bhd juga bermurah hati menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada murid yang keluarga mereka terkesan akibat wabak pandemik Covid-19.

Terima kasih diucapkan!

Wednesday 19 August 2020

MAJLIS PEYERAHAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH MURID MISKIN (KWAMP) DAN MAJLIS PENYERAHAN TOPENG SEPARUH MUKA (FACE MASK)

     Pada 19 Ogos 2020 telah berlangsung satu Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP) kepada murid yang layak. Majlis ini disempurnakan oleh Pengetua SMK Kiaramas, Puan Dahanum Binti Soyono diiringi penolong-penolong kanan sekolah.


     Pada majlis yang sama juga, berlangsung Majlis Penyerahan Topeng Separuh Muka (Face Mask) kepada murid-murid yang tidak berkemampuan dan layak menerima. Tujuan penyerahan topeng muka ini ialah untuk membantu murid-murid ini memiliki dan menggunakannya ketika hadir ke sekolah.



Monday 17 August 2020

BIMBINGAN PELAN STRATEGIK ORGANISASI (PSO) KEPADA WARGA GURU SMK KIARAMAS

 


    Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kiaramas pada 17 Ogos 2020, telah berlangsung taklimat dan bimbingan berkaitan Pelan Strategik Organisasi (PSO) kepada warga pendidik SMK Kiaramas. Bimbingan ini akan membantu guru merangka dan membangunkan pelan strategik organisasi yang lebih mantap dan berstruktur pada masa akan datang seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan tahap sekolah.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA' RAMADAN 2021

Majlis Khatam Al- Qur’an dan Penutupan Ihya’ Ramadan 2021 telah berlangsung pada 8 Mei 2021 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Majlis i...