Thursday 9 January 2020

Pendaftaran Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan


Pada 8 Januari (Rabu) yang lalu, telah berlangsung pendaftaran Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan bagi semua murid SMK Kiaramas. Sesi pendaftaran tersebut telah dilakukan pada waktu kokurikulum iaitu bermula jam 7.40 pagi sehingga jam 9.40 pagi untuk Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan yang dilakukan di Dewan Kiaramas. Manakala pada petang jam 2.00 hingga 3.30 petang pula diadakan pendaftaran bagi sukan dan permainan. Proses pendaftaran telah berjalan dengan lancar. 

Tuesday 7 January 2020

UJIAN KELAYAKAN UNTUK PROGRAM BEST TINGKATAN 4

BEST PLACEMENT TEST FORM 4
6 JAN - 10 JAN




Program BEST (Be an Excellent Student) adalah Projek Jalinan Kerjasama antara pihak Direct English Malaysia, Pintar Foundation, Melewar Group dan SMK Kiaramas. Tahun ini telah masuk fasa kedua bagi Program BEST ini yang akan berakhir pada November 2020 nanti.  

Batch terakhir yang  akan menyertai program ini adalah murid Tingkatan 4 2020. Seramai 50 orang murid akan dipilih untuk menyertainya dan ujian kelayakan telah diambil oleh semua murid Tingkatan 4 bagi menentukan kelayakan untuk menyertai program ini. 

Saturday 4 January 2020

PERHIMPUNAN RASMI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020


Selamat Kembali ke Sekolah kepada seluruh warga SMK Kiaramas bagi sesi 2020. Perhimpunan rasmi pertama telah diadakan bersama kehadiran warga Kiaramas yang baharu iaitu murid Tingkatan 1. Juga telah dimaklumkan kepada semua pertukaran dua orang guru SMK Kiaramas ke sekolah daerah sentul iaitu Ustazah Roshana bt Ali dan Encik Sukri bin Ahmad. Semoga terus cemerlang bertugas di tempat baharu. 

PELANCARAN KOD QR KEHADIRAN DAN DISIPLIN

Juga telah dilancarkan Kod QR Kehadiran dan Disiplin Murid yang akan berkuat kuasa pada hari pertama persekolahan hari ini. Semua penyelaras Tingkatan telah mewakili Guru Kelas bagi setiap Tingkatan sebagai simbolik penerimaan Kod Qr tersebut untuk kelas masing-masing. 



MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA' RAMADAN 2021

Majlis Khatam Al- Qur’an dan Penutupan Ihya’ Ramadan 2021 telah berlangsung pada 8 Mei 2021 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi. Majlis i...